Hari ni aku termenung lagi...............
Bila la aku boleh keluarkan keluarga aku dari kesempitan kewangan. Semalam bapaku menelefon menceritakan perihal rumah yg bertahun-tahun terbengkalai kerana lari buject. Meminta aku menghulurkan sedikit bantuan utk menyambung pembinaan. Aku ingin jadi anak yg bertanggungjawab dan berjanji akan membantu menghulurkan bantuan kewangan. Hari ini kakak aku meminta wang untuk perihal peribadi beliau. Aku terpaksa berjanji utk tolong sedangkan dalam akaun bank aku tiada wang sebanyak yg dipinta.
Apabila aku melihat rakan-rakan sejawat aku membeli kereta serta berkahwin, aku berasa cemburu. Ini kerana aku tak mampu untuk itu, komitmen keatas keluarga aku lebih besar dari komitmen ke atas diri sendiri.
Aku terima ini sebagai ujian aku yg paling besar ketika seusia ini. Menjadikan aku lebih berusaha untuk mempelajari peluang perniagaan. Aku berazam suatu hari nanti aku akan keluarkan keluarga aku dari kesempitan ini dan barulah aku memikirkan perihal aku sendiri..
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan dan murahkanlah rezeki kepada keluarga hambamu ini..
No comments:
Post a Comment