Wednesday, February 23, 2011

Inginku gapai tangan tak sampai

Dari mana aku nak mulakan ye..
Oh ya, aku mulakan dgn ceritakan sejarah-sejarah cintaku.
Tanpa segan silunya dan untuk membuang masa aku ni yg aku tak tau nak buang kat mana..
akan aku ceritakan untuk tontotan umum (U).


Part 1 (zaman sekolah rendah)

Seingat aku la..sewaktu sekolah rendah dulu aku takde pun jatuh hati kat sorang pompan pun.. Lagipun semuanya masih berhingus lagi. Budak kelas aku bape kerat je..Hahaha...
Ok, aku sambung kat part 2 plak.Hehehehe,,,pendek je..

Part 2 (zaman sekolah menengah)

Zaman ni baru nak kenal cinta. Baru pandai nak menyukai gadis, tapi sayang kerna sifat pemalu aku yg terlampau tebal melebihi tembok sekolah..maka aku hanya menyukai gadis itu dalam diam.Aku tak berani mendekati mahupun berkawan dengan dia. Waktu tu aku hanya mengharapkan keajaiban bahawa dia akan suka kepada aku pada waktu yg sama. Padahal sebelah mata pun dia tak pandang. .Aku plak pendiam masa tu...Tambahan lagi dia pun pendiam. Berangan-angan saja la yg aku mampu..
Ni satu lagi kisah, Korang jangan gelak plak..Citer ni aku tak penah reveal kat sesape kecuali kawan baek aku pada masa tu..
Nak dijadikan cerita masa tu aku form 2. aku terima surat dari sorang budak asli ni..(boy) Asli ni junior aku..dia tunjuk budak peremuan yg antar tu. Aku memang syak gadis asli tu suka kat aku sebelum tu melalui tindak-tanduk dia ..asal aku lalu je dia senyum-senyum kambing kat aku..buat aku rasa macam diperhatikan..
Lepas aku dapat surat tu aku campak kat dalam semak..takut ada spot check. Malu besar aku nanti kalo kantoi...confirm kena gelak ngn bebudak kelas aku.
Time balik tu aku nak kutip la balik surat tu,nak gak aku tau apa isi kandungannya,,Bukan apa, ini la kali pertama aku dapat surat cinta...Huhuhhuhu...Nape la bukan gadis melayu yg antar,
Bila aku cari balik kat dalam semak tu tak jumpa..punya la aku risau takut-takut kalo ada org laen jumoa dan baca. Tapi nasib menyebelahi aku lagi..hehehe...budak lelaki yg kasi aku surat tadi kasi aku balik. Dalam hati aku kata, camne dia leh tau aku buang surat tu kat dalam semak. Walhal aku check line clear baru aku buang, Ni msti budak perempuan asli tu spy aku dari tadi.
Aku tanpa banyak cakap terus ambil bawak balik umah. Bersambung.........

Sambungan dari atas...(apa punya style penulisan ada sambungan camni??)

Sampai je kat umah,,pintu bilik terus dikunci..hehehe..
Aku pun tercari-cari poket bag yg terkandung surat tadi. selepas dijumpai aku amati isi luaran surat tu..ianya tak diletakkan didalam sampul surat..cuma keratan dari buku latihan sekolah yg dilipat-lipat. Baunya memang wangi..bila aku buka je surat tu...tersembur bedak wangi dalam tu....Aku yg kat dalam bilik gelak sesorang..adik aku yg kecil dah mengentuk-ngetuk pintu bilik. selalunya lepas sekolah aku akan bermain dengan dia..kali ni tidak..abang mu ini ada karangan yg perlu di 'right'.Heeee....

Aku tak berapa ingat isi kandungan surat tu..yg pasti kata-kata lafaz cinta ada terkandung didalam surat tu..semakin aku baca semakin geli ketiak aku..
Apa aku nak buat ngn surat ni???
Aku cuba mengarang satu surat balasan utk dia..tapi semua penulisan ku serba tak kena...Aku batalkan niat utk balas surat dia..Aku ambil surat dia tadi aku keluar rumah,tgk line clear terus ku bakar surat tadi..
Satu perasaan puas timbul dihatiku..Inilah jalan penyelesaian terbaik agaknya..

Part 3 ( Kem PLKN)

Dengan ketidak sukarelaan aku menyertai PLKN. Hari pertama aku kat situ aku tanamkan minda aku dgn mind set "Hari ini aku masuk, besok aku keluar". Minggu pertama je bercambah couples aku bleh lihat. Dalam hati aku, begitu mudahnya nak berkapel. Ini semua kapel contract 3 bulan je ni...takde sorang pun cinta sejati. Tengok semua orang berkapel..aku pun intai-intai la mana yg balen tu..saja nak test market..laku k tidak aku ni.Tapi aku just berani bermain mata je..tup..tup disambar orang..hampeh..

"yang bulat lari melayang , yg bujur datang bergolek" begitulah aku boleh umpamakan dengan nasib aku kali ini. Pada bulan terakhir di kem. sedang beristirehat dihujung minggu..sampai satu mesej dari no x dikenali..
perutusan kami lebih kurang camni:
secret admired    : Hai awak. (aku syak perempuan je text aku camni)
Aku                    : Awek aku yang keberapa ni??
Secret admired    : yang pertama dan terakhir.
Aku                    : siapa ni??
pastu dia tak balas dah..hampeh..buang karan je..

Aku pun tertanya-tanya siapakah gerangannya si dia..

Last-last aku dapat tau juga siapakah gadis misteri tersebut..pertama dia ni asyik jeling-jeling kat aku waktu aktiviti komuniti dan sekali tu dia ada panggil aku dari jauh. Aku segan nak pergi jadi aku buat tak layan. Hahha..ego giler aku..Sebenarnya dalam citer ni dia je suka kat aku aku sikit pun takde perasaan pe2 kat dia.

Sebelum balik dari kem aku ada dapatkan contact sorang budak perempuan ni..takde la segak mana pun.
Aku tau dia tgh couple  ngn sorang budak kem pada waktu tu..saja aku nak try test hati perempuan ni..
Aku pun buat berani ayat perempuan ni..takde la smpi luah kata2 cinta..mesej ambil berat je..dia citer dia dah putus ngn mamat tu pasal dorang duk berjauhan susah nak couple.pergh..macam tu je break..dalam hati aku kata "ini memang couple contract".start dari tu dia mula mesej bunga2 ngn aku. smpi satu masa dia nak kata dia sukakan aku. Aku pun buat2 tak paham..Hahahaha...last2 dia fed up..dan tak mesej aku lagi..
Baru la ku tahu hati orang bercouple ni macam mana. Bila dah bosan atau jumpa yg lebih segak, blah macam tu je..Sebab itu aku membenci couple.

Part 4 (Alam Universiti)

Dalam minggu orientasi je aku ada berkenan kat sorang awek ni,,aku berkenan tang mata dia,hehehe... tapi kenapa dalam semua ahli group aku, aku sorang je dia tak penah tegur..ni yg wat aku marah ni..aku dah la group leader dia. Tak respect langsung. Lama kelamaan dia pun couple ngn member aku. Aku saja je malas nak ngorat minah tu,,sebab yg suka itu nafsu bukan hati dan perasaan. (Fullstop).

Part 5 (Alam pekerjaan)

Nak dijadikan cerita ada sorang awek ni..kat tempat keja aku la mana lagi. Entah bila hati aku mula terpaut kepada si dia tanpa aku sendiri sedari...Gerak geri dia, kesopanan dia, keayuan dia, suara dia...pendek kata segalanya tentang dia aku suka.. Kalo dah angau kentut pun bau wangi orang kata..

Hari ini entah mengapa jari aku tergerak untuk menaip nama dia dalam carian google, sungguh kelakar sekali.
Harapan aku agar dapat mencari gambar dia.Hehehe...aku jumpa facebook dia.pastu aku godek-godek la gambar dia.

Zul kenapa kau tidak usaha dapatkan nombor telefon dia?
Segan la aku nak mintak dengan tiba-tiba.Apa la alasan aku nak bagi. Aku sebenarnya nak gunakan cara telus.
Maksud kau cara telus yang macam mana?
Disebabkan aku ni seorang yg pemalu dan ego tinggi, aku memilih cara dimana dia sendiri akan tahu bahawa aku menyukai dirinya..Tapi cara ini amat sukar.

Setakat ini kaedah yg aku gunakan hanyalah eyes contact yang mana aku selalu curi-curi pandang dia..Tapi dia tak pandang aku langsung. Sukar bagiku untuk memahami apa yg ada dalam hati dia..Aku takde clue langsung siapakah aku di hati dia??



Setiap kali aku nampak dia, satu perasaan aneh mencengkam lubuk hati ini..Perasaan apakah ini??
Di rumah, aku seringkali memikirkan dia..Aku seringkali bertanyakan kepada diriku sendiri, adakah ini cinta?Adakah aku benar-benar sukakan dia ataupun hanya hawa nafsu yg membelengu sebagaimana aku melihat wanita cantik yg lain. Oh Tidak!! Aku sedar aku tertarik dengan dia bukan kerna rupa paras semata-mata tetapi kerana watak dan perwatakan dia yg menggoda aku.

Ya Allah, jika dialah yg telah tersurat untuk takdir hidupku ini...pertemukanlah jodoh kami.Aminn..




No comments:

Post a Comment